Penduduk FELDA Palong Satu keputusan air


Kontraktor SAINS menjalankan kerja baik pulih paip air yang pecah berhampiran FELDA Palong Satu - Foto NSTP/Abnor Hamizam

JEMPOL: Gangguan bekalan air di FELDA Palong Satu, didakwa penduduk sejak 23 Oktober lalu menjejaskan aktiviti harian hampir 2,000 penduduk tanah rancangan berkenaan.


Penduduk Amaruddin Abd Aziz, 50 mendakwa paip lama yang pecah antara punca bekalan air ke rumah penduduk sering bermasalah.


Katanya bermula 23 Oktober lalu hingga hari ini bekalan air terputus setiap hari sehingga merimaskan penduduk.


"Malam tadi sehingga pagi ini, bekalan air juga tiada disebabkan berlaku paip pecah di kawasan berhampiran menyebabkan aktiviti harian penduduk terganggu.


"Kita berharap pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan kerajaan Negeri Sembilan mengambil serius masalah dihadapi penduduk ini," katanya ketika ditemui.


Penduduk, R Kalikaudar,73, berkata beliau terpaksa membeli air botol sejak bekalan air terputus bagi kegunaan makan dan minum.


Katanya masalah berlaku apabila air yang diterima selepas penyambungan semula bekalan sangat kotor dan keruh.


"Kejadian paip lama yang pecah semakin kerap berlaku dan ia perlu ditukar memandangkan paip berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun," katanya.


Kalikaundar berkata beliau berharap masalah bekalan air terputus itu juga dapat diselesaikan menjelang sambutan Deepavali minggu depan.


Marina Tugijan, 45, berkata aktiviti hariannya sebagai suri rumah turut terjejas berikutan masalah berkenaan.


Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jeram Padang Datuk L Manickam, yang ditemui berkata masalah dan aduan penduduk sudah diajukan kepada pihak SAINS untuk tindakan selanjutnya.


"Hari ini apabila saya datang ke sini, saya mendapati ada pihak kontraktor menjalankan kerja pembaikan paip pecah dan itu menunjukkan saluran paip di sini sudah bermasalah," katanya.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.