top of page

Pendingin hawa meletup, 2 parah



Oleh

Fuad Hadinata Yaacob dan Siraj

Zainiam@hmetro.com.my


DUA parah, empat lagi cedera selepas pendingin hawa di sebuah kilang komponen elektronik di Seksyen 15, Shah Alam meletup petang tadi.


Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, letupan berlaku ketika beberapa pekerja kontraktor sedang melakukan pengisian gas dan kerja kimpalan dalam bilik pendingin hawa itu kira-kira jam 5 petang tadi.


Beliau berkata, seorang pekerja warga Bangladesh yang membaiki penghawa dingin itu parah di bahagian kaki kiri serta melecur pada muka dan tangan.


Katanya, seorang lagi yang parah adalah pekerja wanita kilang itu yang cedera di bahagian muka selepas terkena pintu yang terpelanting.


Manakala empat mangsa lain termasuk seorang pekerja lelaki mengalami kecederaan ringan.


Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.


"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.


Sementara itu seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz, 28, berkata, letupan itu menggegarkan bangunan kilang berkenaan.


Katanya, ketika itu dia sedang bekerja di tingkat bawah bangunan sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan.


"Letupan ini menyebabkan lampu dan siling jatuh dan pada masa sama bekalan elektrik terputus menyebabkan kami semua tak nampak apa-apa," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 8:11 PM


Sumber: Harian Metro


65 views

Comentarios


bottom of page