top of page

Pembinaan Pusat Sains Sarawak capai 20 peratus siap


Pembinaan Pusat Sains Sarawak capai 20 peratus siap

Pembinaan Pusat Sains Sarawak capai 20 peratus siap

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan Pusat Sains Sarawak di sini sudah mencapai 20 peratus siap.


Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang suku keempat 2026.


Sehubungan itu, beliau berharap piawaian pembangunan pusat sains itu akan setanding dengan pusat sains terkemuka di luar negara.


“Saya berbesar hati untuk memberikan maklumat terkini tentang kemajuan Pusat Sains Sarawak. Pembangunan pusat itu telah mencapai 20 peratus siap dengan rancangan ia dibuka kepada orang ramai menjelang suku keempat tahun 2026.


“Maka itu, Kementerian  saya berazam dalam memastikan Pusat Sains Sarawak memenuhi standard kecemerlangan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.


Mengulas lanjut Sagah berkata, beliau telah mengetuai delegasi ke Jerman dan Switzerland untuk melawat pusat sains terkemuka di negara-negara itu iaitu Experimenta dan Technorama.


“Selain itu, kita mengadakan perbincangan yang bermanfaat dengan pengilang yang dilantik untuk pusat itu, Hüttinger GMBH & Co mengenai garis masa dan butiran projek.


“Malah kami juga berpeluang melawat kilang mereka dan mendapatkan pandangan berhubung operasi mereka,” katanya.


Untuk rekod, Pusat Sains Sarawak yang dibangunkan di atas tapak seluas 10.8 ekar terletak berhampiran bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Jalan Stadium, Petra Jaya, di sini. 



Pembinaan Pusat Sains Sarawak capai 20 peratus siap

Comments


bottom of page