top of page

Pembinaan hospital medan di Tawau dipercepat


ree
Sabah mahu pembinaan hospital medan di Tawau dipercepat. - Foto hiasan facebook

ree

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju mempercepat pembinaan hospital medan di Tawau untuk membantu Sabah memerangi COVID-19.


Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata pembukaan hospital medan di Tawau amat mendesak memandangkan kerja menaik taraf Hospital Tawau baru 60 peratus selesai.


"Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara secara dalam talian hari ini, memberikan maklum balas kepada permintaan saya.


Hospital medan yang sebelum ini yang dikendali oleh Angkatan Tentera Malaysia menghentikan operasi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.


Hajiji berkata, sejumlah 302 pusat pemindahan sementara (PPS) dikenal pasti di Sabah dan 14 agensi membabitkan 6,800 kakitangan diaktifkan untuk menghadapi musim tengkujuh akan datang.


Beliau berkata, Sabah turut mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri itu, susulan beberapa kes bencana alam yang mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan teruk infrastruktur serta harta benda di beberapa daerah seperti Beaufort dan Penampang.


"Dianggarkan sebanyak RM147 juta diperlukan untuk memperbaiki kerosakan," katanya.


Beliau berkata, kerajaan negeri berharap Kerajaan Persekutuan akan menghulurkan bantuan.

– BERNAMA


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page