top of page

Pembinaan 32 Jambatan Bailey dan Naik Taraf Jalan Luar Bandar Bantu Kawasan Terjejas


Gambar hiasan: Contoh jambatan Bailey

  1. Fokus Kerajaan:

    Pembinaan 32 jambatan Bailey di kawasan yang terjejas akibat jambatan runtuh dan jalan rosak.

    • Kerjasama: Melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kor Jurutera ATM, dan JKR.

    • Kemajuan: Dua jambatan Bailey telah siap di Rantau Panjang dan Pasir Mas, Kelantan, manakala lokasi lain sedang melalui ujian tanah.

    • Tempoh Pembinaan: Sasaran siap dalam 72 jam selepas pembinaan dimulakan.


  2. Naik Taraf Jalan Luar Bandar:

    • Projek menaik taraf Jalan Nipah, Tali Air 13, dan Peket 100 di Sabak Bernam sepanjang 8.1 km.

    • Menghubungkan Jalan Negeri B110, Jalan Persekutuan FT005, dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

    • Laluan baharu ini juga memudahkan akses ke Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Besar, dan Sabak Bernam.


  3. Penjimatan Kos:

    • Kos sebenar projek RM17.7 juta berbanding peruntukan RM18.1 juta, menjimatkan kerajaan sebanyak RM400,000melalui pemantauan cekap.


Pembinaan jambatan dan naik taraf jalan ini kritikal bagi memulihkan hubungan penduduk serta menjamin keselamatan infrastruktur.


Sumber: Sinar Harian

Comments


bottom of page