Pembangunan Terminal Petroleum Utara (NPT) akan dibina berhampiran dengan projek peluasan North Butterworth Container Terminal (NBCT), melibatkan kawasan tambakan seluas 322.83 hektar
- Ridhwanisme
- Jun 12
- 1 min read

GEORGE TOWN, PULAU PINANG
Pembangunan Terminal Petroleum Utara (NPT) akan dilaksanakan di bawah pelan induk Pelabuhan Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).
NPT direka sebagai fasiliti penyimpanan petroleum pukal untuk kapal tangki kelas jarak sederhana.
NPT akan dibina berhampiran dengan projek peluasan North Butterworth Container Terminal (NBCT).
Melibatkan kawasan tambakan seluas 322.83 hektar.
Naik taraf infrastruktur Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU):
Konsep moden dengan kemudahan seperti:
Tempat letak kereta terbuka
Dek pemerhati pemandangan laut
Pusat makanan & minuman
Jambatan taman dan aktiviti komersial
Bertujuan menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.
Panjangan Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier:
Mampu menampung kapal kelas Oasis secara serentak.
Kapasiti maksimum: 12,000 penumpang.
Penambahbaikan perkhidmatan feri:
4 feri baharu diperkenalkan.
Naik taraf terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim dan PRTU untuk kesalinghubungan pengangkutan awam.
Pelaksanaan sistem Vessel Traffic Management System (VTMS):
Menukar kawalan trafik manual kepada sistem kawalan trafik kapal yang lebih cekap dan selamat.
Kemudahan kargo menggunakan rel di NBCT:
Landasan sepanjang 561 meter sedia ada, mampu mengendalikan 33 gerabak serentak.
Perancangan peluasan landasan kepada 1,051 meter, bakal mengendalikan 50 gerabak pada satu masa.
Projek ini dijalankan bersama pihak berkepentingan berkaitan.
The Edge Malaysia / BERNAMA
Comments