top of page

Pembangunan bandar teknologi tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan


Gambar hiasan

PEMBANGUNAN Bandar Teknologi Maju Perlis di Chuping yang dijadual bermula tahun hadapan akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dalam bidang berkaitan.


Menteri Komunikasi berkata projek yang melibatkan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.


Ini merupakan satu pelaburan yang sangat strategik di Chuping, di mana akan dibina prasarana bagi memuatkan sehingga 1.25 gigawatt (GW) pusat data AI (Kecerdasan Buatan) adalah satu game changer.


Majlis Menandatangani Perjanjian Utama, Pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis melibatkan usaha sama Sirage Capital Sdn Bhd dan Skyvast Sdn Bhd.


Projek itu juga akan memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara menerusi jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atau mana-mana institusi berkaitan TVET.


Anak-anak muda akan dapat kemahiran, untuk bantu pengoperasian bandar teknologi ini selain mahir dan memanfaatkan teknologi AI.


Jadi mereka akan memanfaatkan sumber tenaga sama ada solar, bateri simpanan ataupun turbin gas yang berupaya memungkinkan pusat data 1.25GW ini beroperasi dengan baik.


Pelaburan strategik ini di Chuping kerana uniknya ia antara tempat yang menerima jumlah matahari tertinggi (di Malaysia) selain disokong bentuk muka bumi bersesuaian pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis ini.


Konsep off-grid itu dilihat akan menarik perhatian banyak syarikat yang ingin memastikan pelaburan mereka menerima penarafan hijau.


Kementerian Komunikasi yakin pembangunan berkenaan akan membantu transformasi ekonomi digital negara terutamanya di Perlis.


Sumber: Wilayah Ku

תגובות


bottom of page