Pemaju, pengurus tapak pembinaan dan kontraktor jadi sasaran kongsi gelap

Oleh: Afiezy Azaman

WAN AHMAD NAJMUDDIN: Tindakan boleh diambil mengikut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan termasuk akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Pertubuhan 1966.

KUALA LUMPUR: Aktiviti jenayah pemerasan ugut oleh kumpulan kongsi gelap semakin berleluasa di negara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, pemaju perumahan, pengurus tapak pembinaan, kontraktor, serta orang perseorangan kini menjadi sasaran kumpulan itu.


"PDRM memandang serius jenayah ini dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pemeras ugut terbabit.

"Tindakan boleh diambil mengikut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan termasuk akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Pertubuhan 1966.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pemerasan ini boleh menghubungi polis menerusi talian Hotline yang telah diwujudkan di seluruh negara atau Unit Pencegahan Kongsi Gelap Bukit Aman menerusi aplikasi Whatsapp di talian 011-1227 7478," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Sumber: AstroAwani


#evolusibina #kontraktor #polis

122 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.