top of page

Pemaju hartanah, Radium bakal ke Bursa Malaysia


Radium Development Bhd
Radium Development Bhd

Radium Development Bhd

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Radium Development Bhd menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.


Pengarah Urusan Kumpulan, Gary Gan Kah Siong berkata, syarikat itu gembira untuk memulakan segmen baharu perjalanannya dengan pengalaman selama bertahun-tahun untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang pembangunan hartanah bandar.


"Selain itu, IPO kami di Pasaran Utama kelak, akan memanfaatkan lebih ramai pemegang saham serta negara ini dalam menyokong agenda perumahan mampu milik," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut pemaju berkenaan, ia menyasarkan untuk disenaraikan pada suku kedua 2023.


Sejak 2013, ia berjaya menyerahkan projek kediaman bertingkat tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.49 bilion, katanya.


Kesemua projeknya terletak dalam kedudukan strategik di Kuala Lumpur, menurut Radium sambil memaklumkan sehingga 31 Ogos 2022, projeknya yang telah siap seperti Vista Wirajaya, Vista Semarak, Platinum OUG Residence dan Vista OUG telah habis dijual manakala Platinum Splendor Residensi Semarak mencapai kadar penghunian sebanyak 99.93 peratus.


Menurut Radium, ia kini sedang membangunkan projek dengan GDV terkumpul sebanyak RM1.45 bilion.


Malacca Securities Sdn Bhd adalah penasihat utama, penaja jamin, dan ejen penempatan bagi pelaksanaan IPO berkenaan.


Sumber: Berita Harian

7 views

Comments


bottom of page