Pelabuhan Darat Perlis (PIP) giat dibangunkan, tidak terjejas isu bekalan air, dilengkapi dengan tangki air dalaman dan dua kolam takungan besar, fasa pertama pembinaan PIP dijangka siap Julai 2025
- Ridhwanisme
- Apr 6
- 2 min read

Projek Strategik Logistik Wilayah Utara
Inland Port Perlis (PIP) merupakan pelabuhan darat strategik yang sedang dibangunkan oleh Inland Port Perlis Sdn Bhd (IPPSB), anak syarikat Kumpulan Mutiara Perlis dan Menteri Besar Inc.
Lokasi pelabuhan di sempadan Malaysia-Thailand menjadikannya nadi logistik serantau bagi kargo domestik dan rentas sempadan.
Tidak Terjejas Isu Bekalan Air
Operasi PIP tidak terjejas dengan isu bekalan air kerana tidak melibatkan pemprosesan berat.
Dilengkapi dengan tangki air dalaman dan dua kolam takungan besar dalam kawasan PIP.
Pembangunan Fasa 1 & Kapasiti Pengendalian
Fasa pertama pembinaan PIP dijangka siap Julai 2025, dengan keupayaan mengendalikan 300,000 TEU setahun.
Keseluruhan pembangunan dalam tiga fasa akan mampu kendalikan 1 juta TEU setahun.
Peningkatan Infrastruktur & Peralihan Operasi
Peralihan operasi kontena dari Terminal Kontena Padang Besar (PBCT) ke PIP bermula Julai 2025.
Gudang interim akan beroperasi menjelang September, diikuti gudang baru hasil kerjasama dengan syarikat logistik dari Pulau Pinang pada awal 2026.
Pengendalian Kargo Bukan Konvensional & Gas Asli
Kemudahan baru untuk produk pukal seperti bijirin, LPG, LNG, derivatif petroleum dan baja sedang dibangunkan.
Usaha sedang dijalankan bersama Gas Malaysia untuk sambungan paip LPG ke PIP bagi kegunaan trak dwienjin dari Thailand.
Sasaran Pelabur & Pengguna Industri
Sasaran termasuk syarikat FMCG dan pengeluar automotif untuk menjadikan PIP sebagai pusat logistik utama.
Penekanan pada nilai tambah seperti aktiviti pergudangan, penyimpanan dan pengedaran.
Sokongan kepada Kawasan Pembangunan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA)
Pembangunan PIP sejajar dengan keperluan untuk menyediakan infrastruktur berkualiti bagi menarik pelaburan asing ke kawasan CVIA.
Impak Ekonomi & Perdagangan Rentas Sempadan
Dijangka meningkatkan nilai dagangan dua hala Malaysia–Thailand kepada AS$30 bilion menjelang 2027.
Menyumbang kepada kelancaran dan daya saing logistik negara melalui penggunaan sistem rel berganda dan multimodal.




留言