top of page

Pekerja binaan tertimbus, mati di tingkat 51 bangunan


Pekerja binaan tertimbus, mati di tingkat 51 bangunan Kosmo www.kosmo.com.my
Bomba dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan banggunan di Oxley Tower, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja binaan lelaki warga asing meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan yang masih dalam pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.


Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur berkata, bilik kawalan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pukul 12.23 tengah malam.


Jelasnya, sebanyak 20 anggota daripada BBP Keramat juga dikerahkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera iaitu Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Emergency Medical Rescue Services (EMRS).


“Setibanya di lokasi, didapati berlaku runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan dan runtuhan tersebut melibatkan seorang mangsa tertimbus.


“Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.


Mengulas lanjut, mangsa telah berjaya di bawa keluar dari timbunan konkrit oleh anggota bomba pukul 7.21 pagi.


“Mangsa seorang lelaki warganegara asing yang merupakan pekerja binaan bangunan tersebut telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.


“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.” jelasnya.


Sumber: Kosmo!


38 views

Comments


bottom of page