top of page

Pecah monopoli, kaji kos, tingkat ketelusan projek kerajaan beri kesan positif - Penganalisis


Langkah diambil kerajaan Malaysia untuk memecahkan monopoli, mengkaji semula kos pelaksanaan projek infrastruktur
Gambar fail. - NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ

KUALA LUMPUR: Langkah diambil kerajaan untuk memecahkan monopoli, mengkaji semula kos pelaksanaan projek infrastruktur serta meningkatkan ketelusan dalam pemberian projek kerajaan, akan memberi kesan positif untuk ekonomi dalam dan panjang, kata penganalisis.


Langkah berkenaan juga dijangka boleh dilaksanakan dengan lebih lancar susulan kestabilan yang dipamerkan dalam pentadbiran kerajaan semasa.


Affin Hwang Investment Bank dalam nota penyelidikannya, berkata kerajaan perpaduan telah mempamerkan kestabilan dan telah meneruskan langkah-langkah untuk memecahkan monopoli, mengkaji semula kos pelaksanaan projek infrastruktur dan meningkatkan ketelusan dalam pemberian projek kerajaan.


Langkah sedemikian, tambahnya lagi, walaupun boleh menyebabkan gangguan dalam jangka pendek, namun kamu yakin ia adalah positif untuk ekonomi dengan sektor swasta untuk menjadi lebih cergas dan cekap, selain daripada memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan persekutuan dalam jangka panjang.

"Kami percaya pelaksanaan tender terbuka untuk projek kerajaan adalah positif untuk kontraktor tersenarai kerana mereka berdaya saing dalam tender terbuka dan akan mengelakkan isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) membabitkan rasuah/suapan, yang biasanya dikaitkan dengan beberapa projek rundingan langsung yang telah diberikan pada masa lalu.


"Gangguan ini dikurangkan dengan tidak membatalkan kontrak yang telah diberikan sebelum ini termasuk yang telah diberikan melalui rundingan terus pada masa lalu dan kesucian kontrak kerajaan dipelihara," katanya.


Dalam pada itu bank pelaburan itu berkata, dalam pengumuman Belanjawan 2023, kerajaan sedang mengkaji semula projek MRT3 untuk mengurangkan kos kepada bawah RM45 bilion daripada RM50 bilion sebelum ini.


"Kami dapati bahawa kos pengurangan boleh dicapai melalui penjimatan kos dalam pengurusan projek, pengambilan tanah, pengoptimuman pembinaan dan kos pembiayaan.


"Kos pembiayaan boleh dikurangkan dengan menghapuskan keperluan sebelum ini untuk pembiayaan kontraktor untuk dua tahun pertama pembinaan kerana kos pembiayaan kerajaan akan lebih rendah.

"Kami juga difahamkan bahawa MRT Corporation telah meminta kesahihan tender untuk pakej kerja awam MRT3 CMC301-303 yang dikemukakan oleh kontraktor untuk dilanjutkan selama tiga bulan hingga akhir Jun. Ini adalah satu petunjuk bahawa pakej kerja awam boleh diberikan menjelang pertengahan tahun ini," katanya.


Tambahnya, terdapat peningkatan permintaan untuk pusat data dan hartanah perindustrian di Malaysia.


"Kami telah melawat Sedenak Tech Park (STeP), Nusajaya Tech Park dan i-TechValley di Johor baru-baru ini. Kami melihat permintaan kukuh untuk hartanah perindustrian untuk membina pusat data dan kilang pembuatan, terutamanya untuk pengeluaran peranti perubatan dan pengguna elektronik.


"Syarikat kejuruteraan/pembinaan tempatan, iaitu, Jurutera HSS dan Sunway Construction (SunCon), masing-masing telah memperoleh kontrak bernilai RM8.8 juta dan RM1.7 bilion untuk membina kampus pusat data berskala besar 200MW Yondr Group yang baharu.


"Terdapat peluang untuk kontraktor bangunan tempatan membida pusat data projek yang memandangkan komitmen pelaburan kira-kira RM34 bilion oleh pemaju pusat data," katanya.


Oleh Hazwan Faisal Mohamad Hazwanfaisal@mediaprima.com.my


Sumber: Berita Harian


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page