PDC buka RFP bagi pembangunan bercampur The Coast di pesisir Barat Daya Pulau Pinang
- Ridhwanisme
- Oct 25
- 1 min read

PULAU PINANG
PDC buka peluang pelaburan strategik melalui RFP The Coast
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah membuka Request for Proposal (RFP) bermula 1 Oktober hingga 28 November 2025.
RFP ini bertujuan mencari pihak yang berkelayakan untuk membeli dan mengoperasikan pangsapuri perkhidmatan sebagai sebahagian komponen utama projek The Coast.
Yuran dokumen ditetapkan sebanyak RM3,000, terbuka kepada syarikat tempatan, antarabangsa dan konsortium.
The Coast sebagai pembangunan bercampur berimpak tinggi
Terletak di kawasan pesisir Barat Daya Pulau Pinang, atas tanah seluas 5.15 ekar, projek ini dirancang sebagai simbol kemajuan negeri.
Projek ini menyokong aspirasi Penang2030 yang menekankan pembangunan negeri pintar dan sejahtera.
Konsep “Live, Work & Play” menggabungkan tiga komponen utama:
Pangsapuri perkhidmatan moden
Pejabat korporat Kelas A
Ruang komersial berdaya tarikan tinggi
Integrasi kemodenan dan kelestarian
Reka bentuknya menonjolkan elemen alam semula jadi, selaras dengan prinsip pembangunan mampan dan ekonomi inklusif.
Disasarkan untuk mencapai penarafan Platinum Green Building Index (GBI).
Dirancang untuk mendapat pengiktirafan MSC Cybercentre, menjadikannya hab digital berpotensi tinggi untuk syarikat teknologi.
Lokasi strategik dan potensi pelaburan
Berhampiran Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, dengan akses mudah ke:
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas (FIZ)
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA)
Kedudukan ini memberikan kelebihan logistik dan menjadikannya lokasi strategik bagi syarikat multinasionalserta pelabur domestik dan luar negara.
Ekonomi dan sosial
The Coast dijangka menjadi mercu tanda baharu Pulau Pinang dan pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat.
Pembangunan ini turut mewujudkan peluang pekerjaan baharu, memperkukuh sektor hartanah, pembinaan dan pelaburan negeri.
Buletin Mutiara | Editorial





Comments