top of page

PBT, kontraktor pembersihan perlu henti guna beg plastik


PBT, kontraktor pembersihan perlu henti guna beg plastik

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor pembersihan perlu berhenti daripada menggunakan beg atau karung plastik ketika melakukan kerja-kerja pembersihan kerana bertentangan dengan kempen mengurangkan penggantungan terhadap bahan tidak mesra alam itu.


Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan itu turut memberi mesej yang salah kepada orang ramai seolah-olah beg plastik masih boleh digunakan meskipun terdapat pelbagai produk alternatif yang mesra alam.


Tegas beliau, PBT seharusnya menunjukkan contoh yang baik dalam hal berkenaan memandangkan kerajaan sedang berusaha mendidik orang ramai mengenai bahayanya pencemaran plastik terhadap alam sekitar.


“Berdasarkan pemerhatian saya dan aduan diterima daripada orang ramai, banyak beg plastik bersaiz besar digunakan di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengumpul ranting, daun-daun dan bahan buangan lain sebelum dikumpul untuk dihantar ke tapak pelupusan sampah.


“Apa yang amat menghairankan adalah kontraktor yang menggunakan beg atau karung plastik itu merupakan mereka yang diberikan tugas untuk membersihkan kawasan jalan dan sekitarnya.


“Malah, orang ramai tertanya-tanya juga sama ada beg plastik digunakan itu mesra alam atau jenis pakai buang yang merupakan antara bahan plastik dilarang penggunaannya di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sumber: Utusan


16 views
bottom of page