PBT diarah diarah pantau tapak projek pembinaan


Gambar hiasan

ALOR SETAR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarahkan supaya meninjau projek pembinaan yang ditinggalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan tapak projek berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak berisiko kepada penduduk sekitar.


Exco Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Tan Kok Yew berkata, kerajaan negeri mahu memastikan tiada bangunan yang sedang dibina, diubahsuai atau sedang dibaiki berada dalam keadaan tidak selamat dan berpotensi mendatangkan ancaman keselamatan kepada orang awam.


Menurutnya, pemaju atau kontraktor yang meninggalkan tapak binaan projek sejak bermulanya PKP perlu melaporkan kepada PBT sekiranya binaan belum disiapkan sepenuhnya dan berisiko mengundang bahaya kepada masyarakat sekeliling.


"PBT mungkin boleh menilai perkara itu dan membenarkan kerja-kerja diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.


"Contohnya, mungkin terdapat bumbung yang tidak diletakkan secara sempurna hingga berpotensi diterbangkan angin kencang. Atau dinding penahan dibina separuh siap atau parit tersumbat hingga mendatangkan banjir kilat menyebabkan air bertakung dan mengundang kehadiran nyamuk aedes," katanya.


Kok Yew berkata, untuk perkara kecemasan seperti itu, pemaju atau kontraktor boleh mengadakan perbincangan dengan PBT mengenai tindakan selanjutnya yang boleh diambil.


"Saya berharap kerjasama pihak berkuasa termasuk polis untuk membenarkan pemaju dan kontraktor melaksanakan kerja-kerja berkaitan di tapak projek yang sedang beroperasi," katanya.


Menurutnya, pertimbangan semua pihak berwajib diperlukan untuk mencegah sebarang kejadian tidak diingini.


Kok Yew berkata, pendirian kerajaan negeri berhubung perkara itu telah dinyatakan dalam mesyuarat bersama wakil dari persatuan kontraktor dan pemaju baru-baru ini.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #Covid19 #PBT #kontraktor

6 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.