top of page

Pasaran hartanah stabil 1Q2024, projek infrastruktur terus pengaruhi permintaan - PropertyGuru


Pasaran hartanah stabil 1Q2024, projek infrastruktur terus pengaruhi permintaan - PropertyGuru
Pembangunan infrastruktur beri pengaruh positif kepada dinamik pasaran hartanah dalam subpasaran tertentu. -Gambar hiasan Fb MRT Corp

Pasaran hartanah stabil 1Q2024, projek infrastruktur terus pengaruhi permintaan - PropertyGuru

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pasaran hartanah Malaysia bagi suku pertama 2024 dilaporkan stabil dengan penurunan suku ke suku sebanyak 1.1% dalam Indeks Permintaan Jualan manakala Indeks Bekalan Jualan turun 4.4%, kata PropertyGuru.


Firma agensi hartanah itu yang menerbitkan Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR)  2024 berkata, walaupun suku pertama menyaksikan musim perayaan Tahun Baharu Cina yang biasanya mempengaruhi pasaran, namun pasaran hartanah 1Q 2024 tetap stabil.


"Penurunan (pemintaan) yang sama dapat diperhatikan pada suku pertama 1Q 2023 (-5.5%) dan 1Q 2022 (-2.3%).  Dari segi harga perumahan, Indeks Harga Jualan mencatatkan peningkatan suku ke suku yang menggalakkan sebanyak 1.4%," kata firma tersebut hari ini.


Pengurus Negara Malaysia, PropertyGuru dan iProperty, Kenneth Soh berkata, penurunan permintaan disebabkan oleh trend musim perayaan tetapi pembangunan infrastruktur memberi pengaruh positif kepada dinamik pasaran hartanah dalam subpasaran tertentu. 


Sebagai contoh, katanya, hartanah kediaman di Johor mencatatkan peningkatan 2% dalam Indeks Permintaan Jualan. 


"Peningkatan pertanyaan hartanah adalah disebabkan oleh projek Rapid Transit System (RTS) akan datang, yang berfungsi sebagai pemangkin dalam meningkatkan permintaan hartanah di kawasan sekitarnya. 


"Pada masa hadapan, pembangunan seperti ini akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk permintaan hartanah dengan mempengaruhi peluang pembangunan dan pekerjaan di kawasan sekita. 


"Oleh itu, ianya penting untuk mempertimbangkan pengaruh-pengaruh ini ketika menganalisis trend pasaran dan membuat keputusan pelaburan," jelasnya.


Katanya, dalam situasi ketidakpastian yang berterusan seperti peningkatan ketegangan geopolitik dan kemerosotan ekonomi, pencari hartanah telah menyesuaikan jangkaan perumahan mereka dengan sewajarnya. 


"Hal ini menunjukkan bahawa pasaran berada pada kedudukan yang stabil, mengekalkan kebolehannya untuk beroperasi dengan berkesan dan menyumbang kepada pasaran hartanah yang lebih sihat, jika tiada perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.


Menurut Kenneth, Indeks Permintaan Sewa untuk hartanah kediaman mencatatkan penurunan sebanyak 11% suku ke suku. 


Katanya, ini disebabkan oleh musim perayaan yang biasanya menjejaskan aktiviti penyewaan pada awal tahun dengan engaruh bermusim ini terbukti pada Q1 2023 apabila Indeks Permintaan Sewa menurun sebanyak 6.2%. 


"Walau bagaimanapun, penurunan dalam permintaan sewa pada Q1 2024 mungkin juga dipengaruhi oleh cabaran seperti peningkatan harga permintaan sewa dan peningkatan bekalan hartanah.


"Indeks Bekalan Sewa pada Q1 2024 menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun yang ketara sebanyak 31.3%, walaupun terdapat penurunan 1.8% dari Q4 2023. 


"Permintaan sewa juga meningkat sebanyak 2.2% tahun ke tahun, mencatatkan lonjakan sebanyak 12.4% dari Q1 2023. Trend ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk keadaan hartanah yang bertambah baik, permintaan yang meningkat di kawasan tertentu atau perubahan dalam pasaran hartanah tempatan," katanya.


Tambah beliau, trend ini menunjukkan dinamik pasaran yang kompleks, di mana trend yang bertentangan boleh berlaku walaupun permintaan menurun. 


“Walaupun angka permintaan dan bekalan menunjukkan satu tempoh penyesuaian, daya tahan pasaran dan situasi anjakan tersebut memberikan pandangan optimis yang berhati-hati. 


"Keseimbangan antara bekalan dan permintaan sedang berkembang, dan dengan strategi teliti, pasaran sewa dapat mengekalkan kestabilannya. 


"Hal ini akan terus menarik pelaburan hartanah daripada pembeli yang ingin menikmati hasil sewa yang baik, terutamanya di kawasan yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi lebih pantas dan mempunyai pembangunan infrastruktur dalam perancangan,” kata Kenneth.


Sumber: Dagang News


Pasaran hartanah stabil 1Q2024, projek infrastruktur terus pengaruhi permintaan - PropertyGuru

7 views

留言


bottom of page