Pantau kontraktor kebersihan


BEKAS Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum (kanan) meninjau keadaan tandas Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang tidak diselenggara dengan baik. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,


RAMAI tidak menyedari perkhidmatan pembersihan walaupun tidak tersenarai dalam 12 sektor utama ekonomi negara, tetapi merupakan pemangkin kepada pembangunan sektor ekonomi lain khususnya pelancongan dan kesihatan. Kebersihan merupakan elemen penting dalam memelihara kesihatan. Penularan wabak Covid-19 telah menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya kebersihan dalam mengawal penyebaran virus. Sebagai contoh, Syarikat Penerbangan Alaska Air mendapatkan khidmat Pengarah Perubatan Universiti Washington yang pakar dalam penyakit berjangkit untuk membangun dan mengesahkan program pembersihan pesawat dan ruang lapangan serta terminal.


Perkhidmatan kebersihan juga merupakan pemangkin kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara. Setiap pelabur perlu memikirkan pelaburan aset khususnya dari aspek penyelenggaraan kebersihan.


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyebut, Malaysia kerugian berbillion ringgit disebabkan penyelenggaraan bangunan dan kemudahan awam yang tidak cekap. Khidmat kebersihan adalah termasuk dalam penyelenggaraan bangunan.


Sudah sampai masa kerajaan mengambil langkah afirmatif dalam menangani masalah yang dihadapi sektor pembersihan serta mengawal kebanjiran kontraktor yang tidak berpengetahuan dan tidak bertanggungjawab. Mereka inilah yang merosakkan imej sektor pembersihan, seterusnya menjejaskan keberkesanan perkhidmatan pembersihan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara.


Noruddin Haji Idris Presiden MACC


Sumber: Utusan Malaysia


#evolusibina #kontraktor

1 view0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.