top of page

Pahang setuju bangunkan projek perumahan generasi kedua Felda


Pahang setuju bangunkan projek perumahan generasi kedua Felda Sinar Harian www.sinarharian.com.my
Pembangunan semula projek perumahan itu termasuk di Felda Jengka 11 di Maran. - Foto hiasan (Gambar kecil: Abd Rahim)

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju untuk mengambil alih 10 tapak projek perumahan generasi kedua yang terbengkalai daripada pihak pengurusan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk dibangunkan semula.


Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, pembangunan semula projek perumahan itu termasuk di Felda Jengka 11 di Maran.


Menurutnya pelaksanaan projek adalah melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) secara usahasama bersama pemaju iaitu Syarikat KMDI Holding Sdn. Bhd.


"Projek ini sudah bermula pada bulan Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2023.


"Kita juga bersetuju untuk menjenamakan semula projek ini kepada skim perumahan di bawah kerajaan Pahang dengan nama Rumah Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Beliau menjelaskan pemilihan pembeli-pembeli Rumah Pahang yang layak adalah diuruskan oleh LPHP melalui sistem ePerumahan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.


Tambahnya, pemohon yang berminat boleh mula membuat permohonan melalui link https://eperumahan.pahang.gov.my sebaik sahaja projek ini dilancarkan.


Abd Rahim memaklumkan buat masa ini kerja-kerja penyediaan plan pra-hitungan dan permohonan hakmilik tanah sedang dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan lesen jualan rumah oleh pihak syarikat.


"Penyelenggaran sistem ePerumahan juga sedang dilaksanakan bagi membolehkan permohonan dibuat terus kepada LPHP.


"Jadi, satu jawatankuasa khas pemilihan pembeli juga telah ditubuhkan bagi meneliti kelayakan permohonan seterusnya diangkat ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat kerajaan negeri untuk dimuktamadkan," kata beliau.


Abd Rahim turut menegaskan, LPHP tidak pernah melantik melantik mana-mana pihak atau agensi atau syarikat untuk permohonan pembelian Rumah Pahang.



9 views

Comentarios


bottom of page