top of page

Padah buat jalan berdebu


Penguatkuasa MPKL mengeluarkan kompaun kepada pemaju projek pembinaan kilang sarung tangan yang mencemarkan jalan di Olak Lempit.

KUALA LANGAT – Tindakan pemaju pembinaan sebuah kilang sarung tangan di Olak Lempit di sini yang mengakibatkan jalan kotor dan berdebu membawa padah apabila dikompaun RM1,000, semalam.


Kompaun tersebut diserahkan kepada pemaju berusia 40an hasil pemeriksaan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kira-kira pukul 10.50 pagi.


Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim berkata, pemeriksaan itu hasil rungutan orang ramai terhadap sikap pemaju itu yang gagal menguruskan kenderaan keluar masuk di projek pembinaan dengan sewajarnya.


Katanya, ini seterusnya menyebabkan jalan di kawasan berkenaan dipenuhi jalan tanah merah dan berdebu.


“Hasil siasatan perkara itu telah berlanjutan selama sebulan lalu.


“Situasi membahayakan pengguna terutama penunggang motosikal yang mempunyai jarak penglihatan agak terhad apabila melalui kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sehubungan itu, beliau menegaskan pemaju juga telah diarahkan membersihkan jalan raya berkenaan serta-merta.


Jelas Amirul, pihaknya telah mengeluarkan kompaun mengikut  Seksyen 47(3)(a), Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.


Sumber: Kosmo!


Comentários


bottom of page