top of page

Northport pelabuhan pertama dapat pengiktirafan keselamatan Lloyd's Register


ree

ree

KUALA LUMPUR: Northport (Malaysia) Bhd dianugerahkan piawaian ISO 45001: 2018 oleh Lloyd's Register, menjadikannya pelabuhan Malaysia yang pertama menerima pengiktirafan itu.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd Yusof, berkata sebagai satu daripada pelabuhan paling sibuk di Malaysia, syarikat itu melihat keperluan bagi tempat kerjanya disahkan dengan ISO 45001 untuk meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) mereka secara proaktif untuk mencegah kecederaan dan masalah kesihatan di tempat kerja.

ree

"Usaha ke arah mendapatkan pensijilan itu juga membuktikan komitmen Northport untuk melindungi pekerja, pelanggan, kontraktor, penyedia perkhidmatan dan pengguna pelabuhan daripada kemalangan berkaitan kerja," katanya dalam satu kenyataan.


ISO 45001 adalah piawaian untuk sistem pengurusan OSH yang membantu organisasi meningkatkan keselamatan pekerja, mengurangkan risiko di tempat kerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik dan selamat. - BERNAMA



 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page