top of page

Nibong Tebal Arena bernilai RM8.8j dibangunkan


GAMBARAN artis mengenai projek Nibong Tebal Arena, Pulau Pinang bernilai hampir RM8.8 juta yang dijangka siap menjelang suku pertama tahun depan.

NIBONG TEBAL: Sebuah kompleks sukan serbaguna yang dianggarkan bernilai RM8.8 juta akan dibangunkan di atas bekas tapak kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jawi, di sini tidak lama lagi.


Dibangunkan atas tanah berkeluasan kira-kira 0.7 hektar, kompleks sukan yang dikenali sebagai Nibong Tebal Arena itu akan menjadi nadi untuk pembangunan sukan khususnya di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembangunan projek itu juga boleh memberikan nilai tambah terhadap tahap kemajuan pembangunan di SPS terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi.


“Kerajaan negeri akan sedaya upaya memastikan segala kemudahan di kawasan luar bandar adalah setaraf dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan bandar,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah projek itu yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP), Zul Kahar Khamis dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee.


Difahamkan, Nibong Tebal Arena akan menempatkan sebanyak sembilan buah gelanggang badminton, beberapa kemudahan tempat duduk boleh laras atau ‘retractable seatings’, pejabat, dewan, bilik tinjau serta beberapa kemudahan lain.


Kerja-kerja pembinaan projek itu yang dijangka siap menjelang suku pertama tahun depan ketika ini telah mencapai hampir 30 peratus.


Sumber: Utusan

14 views

Comments


bottom of page