top of page

Muhibbah Engineering dapat dua kontrak berjumlah RM479 juta


Muhibbah Engineering dapat dua kontrak berjumlah RM479 juta
Gambar hiasan

Muhibbah Engineering dapat dua kontrak berjumlah RM479 juta

KUALA LUMPUR: Muhibbah Engineering (M) Bhd menerima kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk pembinaan, pengoperasian dan pemasangan projek struktur ringan yang terletak sekitar 190 kilometer dari pantai Terengganu dengan kontrak bernilai kira-kira RM318 juta.


Syarikat kejuruteraan itu juga menerima kontrak bagi cadangan membina dan menyiapkan projek membesarkan Terminal Maritim Lumut di Manjung, Perak dengan nilai kontrak kira-kira RM161 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd.


Muhibbah dalam dua makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kedua-dua kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat dan anak syarikatnya bagi tahun kewangan semasa dan akan datang.


"Kontrak ini dalam skop perniagaan lazim kumpulan Muhibbah, justeru itu dijangka tidak terdedah kepada sebarang risiko baharu selain daripada menerusi perniagaan sedia ada," katanya.


Muhibbah berkata, pelaksanaan kontrak dengan Petronas Carigali akan segera dimulakan dan dijangka siap selewat-lewatnya akhir Mei 2024.


Kontrak dengan Lumut Maritime Terminal turut dijadualkan bemula secepat mungkin dan dijangka selesai dalam tempoh 20 bulan dari tarikh bermula dan berkuat kuasa, katanya.



Muhibbah Engineering dapat dua kontrak berjumlah RM479 juta

37 views

Comments


bottom of page