MRT3 Laluan Lingkaran diluluskan, 93.3% rakyat sokong
- Ridhwanisme
- Jul 18
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Kelulusan Rasmi Skim Rel Akhir MRT3 Laluan Lingkaran
Diluluskan secara rasmi dan ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke.
Menandakan satu pencapaian penting dalam perancangan dan pembangunan infrastruktur rel bandar negara.
Sokongan Kukuh Daripada Orang Awam dan Pemegang Taruh
Pemeriksaan Awam dilaksanakan antara 2 September hingga 2 Disember 2024.
Lebih 45,000 maklum balas bertulis diterima, dengan 93.3% menyatakan sokongan terhadap projek.
Penambahbaikan Reka Bentuk dan Pengurangan Impak Komuniti
Penempatan stesen dan jejambat diperhalusi berdasarkan maklum balas awam dan penglibatan agensi teknikal.
Lot tanah yang terlibat dikurangkan daripada 1,012 kepada 690 lot bagi meminimumkan pengambilalihan harta dan kesan sosial.
Integrasi Rangkaian Rel Serantau
MRT3 Circle Line sepanjang 51km akan melingkari Kuala Lumpur dan menghubungkan 10 stesen pertukaran strategik.
Laluan ini direka untuk integrasi penuh dengan MRT, LRT, KTM dan Monorel sedia ada, memperkukuh mobiliti serantau.
Kerjasama Strategik Antara Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan
Kerjasama rapat MRT Corp bersama APAD, DBKL, MPAJ, UPEN Selangor, JKR, LLM, JPS dan kementerian berkaitan.
Memastikan kelulusan dan pelaksanaan projek berjalan lancar serta selaras dengan pelan pembangunan bandar.
Perancangan Pengambilan Tanah dan Jangkaan Siap
Proses pengambilan tanah akan dimulakan serta-merta dengan sasaran siap menjelang akhir 2026.
Komuniti akan dihubungi secara langsung oleh MRT Corp bagi memaklumkan perkembangan serta penambahbaikan setempat.
Berita Harian / Mohd Zaky Zainuddin





Comments