MPSepang umum 5 projek strategik transformasi Sepang menjelang 2035
- Ridhwanisme
- Jun 26
- 1 min read

SEPANG, SELANGOR
Lima Projek Strategik Dikenal Pasti:
Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) kenal pasti 5 projek pemacu pembangunan utama.
Disasarkan sebagai 'game changer' untuk landskap pembangunan dan sosioekonomi daerah Sepang.
Matlamat MPSepang:
Menjadikan Sepang sebagai Gerbang Teknologi Strategik dalam Komuniti Lestari.
Visi diterjemahkan melalui slogan: "Sepang, Lestari, Pintar."
Perincian 5 Projek Utama:
Cyberjaya dibangunkan sebagai hab teknologi tinggi serantau.
KLIA Aeropolis dibangunkan sebagai pusat logistik dan aeroangkasa bersepadu.
Selatan Sepang dijadikan destinasi pelancongan ekologi dan budaya.
Pelan Induk Perhubungan Darat akan ditambah baik.
Pelan Induk Saliran Mesra Alam akan dilaksanakan dengan konsep "Bandar Span".
Jangkaan Impak Ekonomi:
Projek strategik ini dijangka menjana nilai KDNK tahunan RM30 bilion menjelang 2035.
Dibangunkan secara berfasa dan mengikut sektor.
Penyertaan Komuniti:
Draf Rancangan Tempatan Sepang 2035 (Penggantian) dibentang untuk semakan.
Penduduk dan pihak berkepentingan diberi ruang untuk mengemukakan pandangan terhadap draf pembangunan ini.
Selangor Kini / Muhammad Rey Hazriell





Comments