MOT: Kelulusan Kedah Aerotropolis bergantung pada dokumen tambahan dan penilaian risiko
- Ridhwanisme
- 3 hours ago
- 1 min read

KEDAH
Keperluan Maklumat Tambahan oleh Kerajaan
MOT meminta dokumen tambahan daripada KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd sebelum kerajaan dapat mempertimbangkan kelulusan Projek Kedah Aerotropolis.
Maklumat ini merangkumi:
Impak terhadap operasi pangkalan utama TUDM.
Pelan kontigensi kewangan untuk memastikan projek kekal mampan.
Unjuran penyata kewangan yang diaudit, bagi menilai keupayaan syarikat.
Dokumen sokongan berkaitan komitmen perkhidmatan dan unjuran kargo.
Kebimbangan CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia)
Tiada dokumen kukuh menunjukkan KXP mampu memperoleh RM5.67 bilion bagi membiayai Fasa 1 projek.
Tiada strategi mitigasi risiko untuk menarik pelabur.
Kekurangan permintaan kukuh bagi perkhidmatan kargo penuh di KXP.
Unjuran kargo dinilai tidak realistik, menimbulkan risiko komersial jangka panjang.
Kebimbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Pembangunan KXP boleh memberi kesan kepada:
Pengurusan trafik udara
Keselamatan dan kestabilan pertahanan negara
Operasi pangkalan utama TUDM di wilayah utara
Kedudukan Permohonan dan Proses Kerajaan
Permohonan lengkap Aerotropolis dihantar pada 9 September 2024.
Pada 12 Mac 2025, MOT membentangkan permohonan Aerodrom KXP dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk hala tuju.
Surat permintaan maklumat lanjut bertarikh 26 Mac 2025 telah dihantar kepada KXP AirportCity, disalinkan kepada Kerajaan Negeri Kedah.
Berita Harian | BERNAMA





Comments