top of page

Mohamad Zulkefly dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya


Mohd Zuki (kiri) mengumumkan pelantikan Mohamad Zulkefly (kanan) sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya. - Foto FB Datuk Seri Mohd Zuki Ali

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman, dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa semalam.


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata Mohamad Zulkefly, 58, menyertai perkhidmatan awam sejak 35 tahun lalu dengan jawatan pertama sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1985.



"Kita harap beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya dalam memastikan infrastruktur dan persekitaran lebih kondusif bagi kehidupan seharian, sekali gus menjadi agensi teknikal yang unggul bertaraf dunia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mohamad Zulkefly berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Pengurusan Aset dan Fasiliti daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang pengurusan projek pembangunan, reka bentuk, pengurusan aset, khidmat nasihat teknikal dan pengurusan awam serta pengurusan nilai.


Mohamad Zulkefly juga pernah berkhidmat di JKR Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



8 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page