top of page

MNHB raih kontrak utiliti bawah tanah di Kedah, RM10.5 juta


MNHB raih kontrak utiliti bawah tanah di Kedah, RM10.5 juta Berita Harian www.bharian.com.my
Gambar hiasan: MNHB raih kontrak utiliti bawah tanah di Kedah, RM10.5 juta

KUALA LUMPUR: Pakar utiliti bawah tanah dan kejuruteraan substesen, MN Holdings Bhd (MNHB) melalui anak syarikat milik penuhnya Mutu Nusantara Sdn Bhd (Mutu Nusantara) menerima dua kontrak utiliti bawah tanah bernilai RM10.5 juta di Kedah dan Kuala Lumpur.


Pengarah Eksekutif MNHB, Datuk Clement Toh, berkata Mutu Nusantara telah diberikan surat anugerah (LOA) daripada Orasko Sdn Bhd bagi menjadi subkontraktor untuk menyediakan kerja penggerudian arah mendatar (HDD)dan pembinaan terbuka bernilai RM8.1 juta.


Beliau berkata, skop kerja kontrak terdiri daripada pemasangan kabel berkuasa 33kV dan kabel gentian optik untuk menyambung kemudahan pembuatan substrat litar bersepadu ke pencawang berpenebat gas baharu di Kulim Hi-Tech Park.


Projek itu katanya bagi Nur Energy Services Sdn Bhd, unit Nur Power Sdn Bhd, firma utiliti kuasa eksklusif untuk Kulim Hi-Tech Park.


"Kerja untuk kontrak tersebut adalah untuk tempoh 12 bulan dari Ogos 2022 sehingga Ogos 2023.


"Bagi kontrak kedua, Mutu Nusantara telah menerima LOA daripada Mutiara Rini Sdn Bhd untuk menyediakan kerja pakar bagi penempatan semula perkhidmatan kabel kuasa 33kV melalui kaedah parit terbuka bernilai RM2.4 juta.


"Kontrak parit terbuka dijangka siap menjelang Februari 2023," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Toh berkata, pemberian kontrak itu adalah bukti kepada keupayaan dan kecekapan kumpulan yang semakin meningkat dalam industri utiliti bawah tanah.


Beliau berkata, dengan perolehan baru itu, MNHB telah berjaya meningkatkan buku pesanan tertunggaknya kepada RM272 juta.


Katanya, kedua kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan tahun kewangan 2024.


"Ia juga memberikan pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh kontrak,"katanya.


Sumber: Berita Harian


10 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page