MN Holdings Raih Kontrak Projek Substesen untuk Pusat Data (RM180 juta) dan Kontrak Projek Loji Janakuasa Solar (RM29.7 juta), memainkan peranan dalam Program LSS dan Pelan Hala Tuju NETR
- Ridhwanisme
- Apr 23
- 1 min read

Projek Substesen untuk Pusat Data (RM180 juta):
Anak syarikat MN Holdings, Mutu Nusantara Sdn Bhd (MNSB), menerima surat anugerah (LOA) bagi projek rekabentuk, perolehan dan pembinaan substesen untuk pusat data di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia.
Skop kerja merangkumi pembinaan consumer landing station, pemasangan saluran bawah tanah kabel voltan tinggi, dan persiapan switchgear untuk sambungan luaran.
Projek dijangka bermula 16 April 2025 dan siap pada pertengahan 2026, diikuti dengan tempoh liabiliti kecacatan selama 18 bulan.
Walaupun tiada kesan segera terhadap modal saham diterbitkan, projek ini dijangka memberi impak positif terhadap keuntungan dan aset bersih sesaham syarikat.
Kontrak Projek Loji Janakuasa Solar (RM29.7 juta):
MN Holdings menerusi MN Power Transmission Sdn Bhd, menerima dua kontrak daripada Fabulous Sunview Sdn Bhd bagi dua projek solar berskala besar 29.99MWac di Sungai Petani, Kedah.
Skop kerja melibatkan penubuhan infrastructure facilities (IF) baharu dan pengembangan dua ruang 132kV di PMU Aman Jaya.
Tempoh penyiapan dijangka 10 bulan selepas notis pelaksanaan (NTP).
Komitmen Terhadap Agenda Hijau Negara:
Syarikat menyatakan sokongan terhadap agenda tenaga bersih Malaysia, serta peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
MN Holdings memainkan peranan dalam Program Solar Skala Besar (LSS) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Projek Tambahan CGPP (RM5.2 juta):
Projek loji janakuasa di bawah Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) di Kuala Ketil, Kedah untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan loji solar 14.99MWac.
Menyumbang kepada pengembangan infrastruktur karbon rendah dan memperkukuh kedudukan MN Holdings sebagai pemain utama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
Comentarios