top of page

MN Holdings dapat kontrak bina rangkaian pencawang


MN Holdings dapat kontrak bina rangkaian pencawang
MN Holdings Bhd

MN Holdings dapat kontrak bina rangkaian pencawang

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, Mutu Nusantara Sdn Bhd meraih projek siap guna bernilai RM40.1 juta daripada Taraf Nusantara Sdn Bhd untuk membina rangkaian Pencawang Pembahagian Utama (PPU) bagi pembangunan kediaman di Teluk Intan, Perak.


Menurut syarikat kejuruteraan itu, Mutu Nusantara menerima surat lantikan sebagai kontraktor bagi projek yang terletak di Taman Lagenda dan akan bertanggungjawab terhadap reka bentuk, kejuruteraan, pemerolehan, fabrikasi dan pemasangan 33 kilovolt (kv) kerja-kerja sambungan kabel.


"Syarikat juga akan menjalankan pembinaan, ujian, pengoperasian, pemantauan dan penilaian terhadap (bangunan) PPU dua tingkat, dan komponen utama berkaitan mekanikal dan elektrik, serta kerja-kerja infrastruktur awam di perkarangan bangunan PPU," katanya dalam satu kenyataan.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Projek itu bermula pada September 2023 dan dijangka selesai menjelang September 2024.


Pengarah Urusan MN Holdings, Datuk Loy Siong Hay, berkata tambahan kepada kontrak kejuruteraan utiliti bawah tanah dan pencawang itu meningkatkan nilai perolehan kontrak semasa MN Holdings kepada RM365.77 juta.


Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan MN Holdings bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan tahun kewangan 2025, katanya.


Sumber: Berita Harian


MN Holdings dapat kontrak bina rangkaian pencawang


18 views

Comments


bottom of page