Mitrajaya catat kenaikan kontrak pusat data NEXTDC kepada RM844.66 juta
- Ridhwanisme
- 2 hours ago
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Kenaikan Nilai Kontrak Mitrajaya
Nilai kontrak Mitrajaya Holdings Bhd meningkat kepada RM844.66 juta daripada RM801.8 juta sebelum ini, susulan arahan variasi (Variation Order/VO) terbaru daripada NEXTDC Ltd melalui anak syarikat di Malaysia.
VO terbaru melibatkan pembinaan kerja utama pusat data Fasa 3 Peringkat 1 di Kuala Lumpur, bernilai tambahan RM42.81 juta.
Sejarah Penambahan Skop Kontrak
VO sebelumnya termasuk Fasa 2 Peringkat 1 & 2 dan Fasa 1 Peringkat 3, menambah nilai kontrak sebanyak RM426.3 juta.
Jumlah kontrak meningkat lebih dua kali ganda daripada RM375.5 juta (asal) kepada RM801.8 juta pada September 2025.
Tempoh Pelaksanaan Projek
Projek pusat data Fasa 3 Peringkat 1 dijangka siap sepenuhnya pada 28 Julai 2026.
Projek merupakan sebahagian daripada rancangan NEXTDC untuk membangunkan kemudahan pusat data di Kuala Lumpur bernilai RM3 bilion dalam tempoh 5 - 20 tahun.
Prestasi Kewangan Mitrajaya
Keuntungan bersih melonjak lebih 12 kali ganda kepada RM49.28 juta berbanding RM3.83 juta setahun sebelumnya (9MFY2025).
Hasil meningkat 131% tahun ke tahun kepada RM500.89 juta, dipacu oleh prestasi kukuh segmen pembinaan.
Dagang News | Haziq Hakimi




Comments