top of page

Mesyuarat bincang status pelaksanaan projek pembangunan di Bintulu


Mesyuarat bincang status pelaksanaan projek pembangunan di Bintulu Sarawak Voice www.sarawakvoice.com
Gambar hiasan: Bandar Bintulu

BINTULU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri bertempat di Hotel ParkCity Everly, di sini.


Mesyuarat tersebut antara lain bertujuan membincangkan status pelaksanaan projek pembangunan di bahagian Bintulu.


Dalam mesyuarat yang berlangsung dua jam setengah itu, beliau turut mendengar taklimat utiliti, telekomunikasi, infrastruktur dan jalan raya yang disampaikan agensi berkaitan.


Pada sebelah petang, Abang Jo dan rombongan melawat serta meninjau perkembangan semasa projek pembinaan Jambatan Bintulu – Jepak dan pembinaan gantian penuh 12 bilik darjah Sekolah Kebangsaan(SK) Ulu Segan.


Sumber: Sarawak Voice


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page