top of page

Menara warisan merdeka PNB akan disiapkan menjelang 2021


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 21 Mei - Pembinaan Menara Warisan Merdeka Permodalan Nasional Bhd. (PNB) adalah mengikut jadual untuk disiapkan menjelang awal 2021.


Pembangunan tiga fasa termasuk menara Merdeka PNB118 yang ikonik setinggi 630 meter akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara selepas siap.


Ia akan menempatkan kumpulan syarikat PNB, gedung membeli-belah, pangsapuri dan kondominium, serta sebagai sebuah bangunan komersial.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pembinaan Menara PNB118 setinggi 118 tingkat itu sudah mencecah tingkat yang ke-61.


“Kami menjangka 78 peratus daripada bangunan ini siap menjelang akhir tahun. Kos masih dalam lingkungan peruntukan dan turun naik ringgit tidak menjejaskan kerana kami telah mengunci kos dengan kontraktor sehingga berharga tetap,” katanya kepada pemberita.


Beliau ketika mengulas mengenai bangunan pejabat PNB sedia ada berkata PNB tidak mempunyai apa-apa pelan ke atas bangunan berusia 40 tahun itu kerana ia memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian.

“Selepas berpindah, kami akan memikirkan apa yang boleh dibuat ke atas bangunan lama itu, khususnya bagi menjana pendapatan,” katanya. - BERNAMA



68 views
bottom of page