MBI baiki kerosakan jalan ke Kampung Kuala Pari


Keadaan jalan di Jambatan Sungai Kledang menghubungkan ke Kampung Kuala Pari, Ipoh yang mengalami kerosakan dan sedang dinaik taraf.

IPOH – Kerja membaiki dan menaik taraf jalan di Jambatan Sungai Kledang yang menghubungkan ke Kampung Kuala Pari di sini telah dijalankan oleh kontraktor dilantik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) susulan kerosakan yang dialami akibat kekerapan hujan sejak September lalu.


Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf tersebut akan menyebabkan gangguan sementara lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan.


MBI dalam satu kenyataan memberitahu, jalan sedia ada menghubungkan Jambatan Sungai Kledang di Jalan Kampung Kuala Pari Hilir ke Kampung Kuala Pari telah mengalami kerosakan kecil sejak Ogos lalu sebelum kerja pembaikan dilakukan.


Menurut kenyataan tersebut, pihak Konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) telah diarah untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan pada 27 Ogos tetapi kerosakan berulang akibat kekerapan hujan pada awal September.


“Susulan tinjauan dilakukan MBI bersama agensi terbabit termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat), PEISB dan wakil penduduk maka laluan berkenaan ditutup bagi kerja-kerja pembaikan.


“Pihak PEISB telah diamanahkan untuk merekabentuk semula jambatan yang baru di mana kerja-kerja menaik taraf telah dimulakan Isnin lalu dan mengambil masa selama 26 minggu,” ujar kenyataan tersebut.


Sehubungan itu, pihak MBI memohon kerjasama penduduk setempat dan pengguna laluan tersebut agar mematuhi arahan lalulintas semasa kerja-kerja menaiktaraf dijalankan bagi memberi kemudahan dan keselesaan pada masa akan datang.


Sumber: Kosmo!


#evolusibina #Ipoh

0 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.