top of page

MB arah segera baiki jambatan


Pelajar sekolah menggunakan jambatan berkenaan. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Ipoh: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya menyegerakan kerja pembinaan jambatan di Kampung Teras, Ijok, Selama yang runtuh, setahun lalu.


Katanya, semakan mendapati pihaknya sudah meluluskan kerja menaik taraf jambatan itu dengan peruntukan RM645,000 pada Ogos 2019, namun pembinaannya tertangguh disebabkan perubahan reka bentuk.


"Bagaimanapun, proses perubahan reka bentuk yang mengambil masa lama iaitu melebihi 10 bulan, tidak dapat dapat diterima. Keselamatan orang ramai tidak boleh dikompromi dan dilengah-lengahkan


"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan JKR agar menyegerakan projek ini dan akan dipantau oleh Pejabat Menteri Besar," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.


Beliau menegaskan kepada semua jabatan dan agensi negeri supaya meningkatkan tahap kecekapan sistem penyampaian kepada rakyat.


Media sebelum ini melaporkan lebih 50 penduduk Kampung Teras terpaksa menggadai nyawa setiap hari untuk menyeberangi jambatan yang runtuh pada Julai 2019.


Jambatan itu adalah laluan keluar masuk utama penduduk.


Sumber: Harian Metro


6 views
bottom of page