top of page

Masukkan subkontraktor dalam tender projek kerajaan


Gambar hiasan (Sumber gambar: Berita Harian)

MIRI: Kerajaan Sarawak kini menetapkan prosedur agar kontraktor utama turut memasukkan subkontraktor mereka apabila mengemukakan tender bagi projek kerajaan.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia bagi menangani isu sebelum ini, apabila subkontraktor sering tidak mendapat bayaran daripada kontraktor utama.


Menjelas lanjut, beliau berkata perkara itu berlaku disebabkan prosedur sebelum ini menetapkan bahawa pembayaran bagi sesuatu projek hanya diberikan kepada kontraktor utama sahaja.


“Maka saya meminta Setiausaha Kewangan Negeri (SFS) untuk menukar prosedur supaya apabila kontraktor utama mengemukakan tender, mereka juga harus memasukkan subkontraktor.


“Kalau kontraktor utama tidak dapat melaksanakan tugas, maka pembayaran boleh diberikan terus kepada subkontraktor,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri di sini, hari ini.


Sumber: SarawakVoice

 
 
 

Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page