top of page

Masalah teknikal punca lewat


Contoh projek perparitan yang sedang dijalankan
Gambar hiasan: Contoh projek perparitan yang sedang dijalankan

Contoh projek perparitan yang sedang dijalankan

SARIKEI: Projek pembinaan sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Belawai berdepan kelewatan disebabkan masalah teknikal.


Adun Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh berkata, kerajaan sudah melantik kontraktor namun beberapa aspek lain perlu diambil kira bagi memastikan perjalanan projek berjalan lancar.


Menurutnya, ia termasuk saluran peparitan yang mungkin melibatkan penempatan penduduk di kawasan terbabit.


“Kontraktor untuk melaksanakan projek ini sudah dilantik namun masalah teknikal melewatkan lagi pelaksanaan projek.


Ini kerana terdapat tiang dan struktur lain di tengah-tengah rumah di Kampung Belawai.


“Pada masa yang sama, saluran parit ini mungkin menjejaskan struktur rumah penduduk,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.


Sehubungan itu, Len Talif yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, berharap semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar dan siap mengikut jadual.


Secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan kemajuan semua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang sedang dilaksanakan.


“Antaranya termasuk pembinaan Rumah Saba yang bernilai RM1 juta, projek pembinaan jejantas, pembinaan Surau Kampung Drahman Keria dan pembinaan jejantas serta perparitan Kampung Selalang.


“Projek pembinaan Rumah Saba juga lewat sedikit dari segi pelaksanaannya. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan kualitinya.


Saya sudah berbincang dengan penduduk untuk menyalurkan peruntukan tambahan bagi kerja penyambungan elektrik,” ujarnya.


Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah penduduk asal Selalang, selain mengkaji keperluan peruntukan untuk menambah baik masjid kampung tersebut yang sudah berusia lebih 40 tahun.


“Saya akan berusaha mendapatkan peruntukan daripada kementerian atau Kerajaan Sarawak bagi tujuan tersebut,” jelasnya.


Sumber: Sarawak Voice


29 views

Комментарии


bottom of page