Malaysia - Brunei sepakat percepat penyempurnaan Lebuhraya Pan Borneo
- Aug 27, 2025
- 1 min read

MALAYSIA | BRUNEI
Komitmen Malaysia - Brunei terhadap Lebuhraya Pan Borneo
Kedua-dua negara menegaskan keperluan penyempurnaan Lebuhraya Pan Borneo sebagai tulang belakang kesalinghubungan darat serantau.
Projek ini dijangka memperkukuh hubungan ekonomi, pelancongan dan mobiliti antara Sabah, Sarawak dan Brunei.
Kerjasama Infrastruktur Telekomunikasi
Unified National Network (Brunei) dan Sacofa (Sarawak) akan menandatangani perjanjian pajakan jalur lebar selama 7 tahun bermula 2026.
Model kerjasama perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dijangka memperkukuh ekosistem digital dan menyokong keperluan logistik serta operasi projek infrastruktur besar seperti Pan Borneo.
Pengukuhan Kesalinghubungan Udara
Royal Brunei Airlines (RB) bakal memperluas penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
Memorandum Kerjasama antara RB dan Lembaga Pelancongan Sabah (Jun 2024) menyasarkan rangkaian penerbangan baharu ke BIMP - EAGA, ASEAN, Timur Tengah, Oceania, UK dan India menjelang 2028.
Akses Darat Rentas Sempadan
Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien diiktiraf sebagai infrastruktur penting untuk perdagangan, logistik, serta pergerakan rakyat Malaysia - Brunei.
Kerjasama Pendidikan & Mobiliti Pelajar
Rundingan MoU Brunei - Sabah membolehkan pelajar Sabah melanjutkan pengajian tinggi di Brunei.
Inisiatif ini mengukuhkan pembangunan modal insan dan pertukaran akademik serantau.
Kerjasama Kesihatan
MoU kesihatan ditandatangani, memberi fokus kepada farmaseutikal, rawatan penyakit tidak berjangkit, keselamatan kesihatan dan kesihatan digital.
Menyokong integrasi sektor kesihatan serantau yang juga relevan kepada komuniti industri pembinaan dari segi keselamatan pekerja dan kebajikan.
Kerjasama Pengangkutan & Jawatankuasa Bersama
MoU pengangkutan Malaysia - Brunei ditandatangani Ogos 2024.
Jawatankuasa Bersama akan bermesyuarat pertama pada suku keempat 2025 untuk merangka strategi pengangkutan serantau lebih bersepadu.
Dagang News | Hamden Ramli





Comments