Lynas Malaysia jawab tuduhan fitnah


Sampel air diambil bagi memastikan tahap keselamatan di sekitar selamat.

ISU Lynas sering menjadi kontroversi dan timbul salah faham yang memberikan kesan ketakutan kepada masyarakat, terutamanya yang berada di sekeliling kawasan perindustrian itu.


Bagi menghilangkan kerisauan dan kegusaran awam, Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad mengeluarkan kenyataan seperti berikut:



MASHAL AHMAD

Salam sejahtera,


Saya merupakan Pengarah Urusan Lynas Malaysia dan saya menulis kepada anda bagi pihak semua warga kerja dan kontraktor Lynas berserta keluarga mereka.


Sejak minggu kebelakangan ini, anda pasti ada melihat satu kempen menyebarkan maklumat palsu oleh aktivis anti-Lynas. Kami sentiasa mengalu-alukan pendebatan yang sihat, tetapi penyebaran maklumat dan tuduhan palsu tidak dapat kami terima.

Kami tidak boleh membenarkan penipuan disebarkan tanpa dicabar dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berterusan mencemar dan memfitnah warga kerja dan organisasi kami.


Lynas Malaysia adalah sebuah organisasi yang mematuhi perundangan. Laporan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi mengenai Lynas Advanced Material Plant (LAMP) 2018 lantikan kerajaan Pakatan Harapan yang telah dikeluarkan pada bulan Disember 2018, adalah merupakan kajian yang terkini daripada empat kajian tempatan dan antarabangsa yang telah mendapati bahawa operasi kami adalah berisiko rendah dan mematuhi perundangan dan peraturan. Pandangan ini juga telah disokong oleh pakar-pakar sains yang terkenal di Malaysia.


Kami bangga dengan pencapaian cemerlang rekod pekerjaan, kesihatan, keselamatan dan persekitaran pihak kami. Oleh itu persoalannya, adalah kenapa Lynas Malaysia masih disasar oleh satu kumpulan kecil aktivis walaupun organisasi kami telah berulang kali membuktikan bahawa ianya telah memenuhi segala kehendaka kesihatan, keselamatan dan persekitaran.


Kami telah berikan pengiktirafan piawaian ISO peringkat antarabangsa dan kami juga telah diiktiraf oleh pelbagai anugerah peringkat Malaysia dan antarabangsa bagi praktis kami di dalam kesihatan, keselamatan dan persekitaran. Audit operasi kami yang telah dilakukan oleh badan kerajaan dan badan berkecuali yang terkini dilakukan sebagai langkah pemantauan telah mengesahkan bahawa kami mematuhi segala peraturan dan perundangan malah mendapati kami telah melaksanakan praktis pengurusan yang terbaik.


Penyokong kamu mengetahui kebenaran mengenai Lynas dan hari ini kami dengan bangganya ingin berkongsi kebenaran dengan anda.


Bagi pihak pasukan Lynas Malaysia, terima kasih.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #Lynas

2 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.