top of page

Lynas capai 'bebas masa kecederaan' setahun


Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini mencapai ‘bebas masa kecederaan’ setahun. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini mencapai ‘bebas masa kecederaan’ setahun, hasil daripada komitmen syarikat untuk mencapai standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan terbaik serta kecemerlangan operasi.


Kehilangan masa akibat kecederaan adalah kecederaan yang dialami pekerja sehingga tidak dapat bekerja untuk satu hari atau satu shif atau lebih.


Dalam kenyataannya hari ini, syarikat perlombongan nadir bumi itu berkata ia melaksanakan piawaian keselamatan dan kesihatan bertaraf dunia di loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.


Pengarah Urusan dan Naib Presidennya, Datuk Mashal Ahmad, berkata semua kakitangan dan kontraktor syarikat mementingkan aspek keselamatan dan mematuhi dasar dan prosedur keselamatan dan kesihatan Lynas.

"Setahun tanpa kehilangan masa kecederaan, bermakna kakitangan kami selamat dan pulang ke rumah dan keluarga dalam suasana gembira," katanya.


Lynas Malaysia baru-baru ini dianugerahi pingat emas dalam penilaian terbaharu tanggungjawab sosial korporat (CSR) EcoVadis berdasarkan pencapaiannya dalam penjagaan alam sekitar, pekerja dan hak asasi manusia, etika dan pemerolehan yang lestari.


Ia juga menandatangani Inisiatif Global United Compact, inisiatif kelestarian korporat terbesar di dunia, awal tahun ini.


Pada September 2018, Lynas Malaysia menerima pengiktirafan Organisasi Antarabangsa bagi Penyelarasan Standard (ISO) daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), badan pensijilan yang diiktiraf Malaysia, untuk OHSAS 1800: 2007 Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, ISO 9001: 2015 Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001: 2015. - BERNAMA



10 views
bottom of page