Lubang sedalam 1.5 meter dibaik pulih



JEMPOL - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan pantas membaik pulih lubang sedalam 1.5 meter dikesan di Jalan Bahau-Dangi berhampiran kilang NS Cement, di sini semalam.


Jurutera JKR Jempol, Rosdi Abu Bakar berkata, pihaknya bertindak sebaik dimaklumkan kejadian itu jam 2.30 petang.


"Kejadian berpunca daripada paip bawah tanah bersaiz 500 milimeter (mm) milik Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah pecah.

“Susulan itu telah terjadi lubang seluas 2.5 meter, sedalam 1.5 meter akibat pemendapan tanah di atas jalan tersebut.


“Ketika ini JKR telah memasang papan tanda serta kon lencongan jalan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Rosdi berkata, laluan di kedua-dua arah lancar dan dijangka kerja baik pulih selesai petang ini.


"Kerja baik pulih ini merupakan kerja-kerja pembaikan sementara oleh pihak Sains dan mereka akan membuat pantauan dari semasa ke semasa.


“Sekiranya dalam tempoh pemerhatian tiada lagi berlaku kebocoran, laluan tersebut akan diturap semula bagi menjamin keselesaan kepada pengguna jalan raya,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #JKR

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.