LKAN: Projek Pangkalan Operasi Hadapan Pulau Mabul perlu diteruskan demi keselamatan Sabah
- Ridhwanisme
- Oct 7, 2025
- 2 min read

SEMPORNA, SABAH
Maklumat Asas Projek
Negeri: Sabah
Tempat: Pulau Mabul, Semporna
Nama Projek: Pangkalan Operasi Hadapan (Forward Operating Base - FOB) Pulau Mabul
Jenis Projek:
Pembinaan fasiliti keselamatan maritim
Infrastruktur pertahanan dan pengawasan pantai
Jeti, bangunan operasi, dan sistem pemantauan keselamatan berteknologi tinggi
Latar Belakang & Tujuan Projek
Dicadangkan oleh ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) pada tahun 2016.
Diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua RMK-11 (2016 - 2020) dengan siling peruntukan RM52.81 juta.
Matlamat utama: memperkukuh keupayaan pengawasan, kawalan kepolisan, dan penguatkuasaan keselamatandi sepanjang 1,733.3 km pantai dan 134,761.54 km² perairan Timur Sabah yang terdedah kepada ancaman rentas sempadan.
Status Semasa dan Isu Pembinaan
Projek masih belum disiapkan walaupun hampir 10 tahun selepas perancangan.
Tarikh siap asal: 16 November 2024, namun kerja hanya mencapai 41% berbanding jadual 53%.
Isu utama:
Bangunan belum siap sepenuhnya dan jeti belum dimulakan.
Kontrak ditamatkan oleh JKR pada 6 September 2023 selepas prestasi syarikat tidak memuaskan.
Notis Penamatan Kontrak JKR 203A dikeluarkan kepada Syarikat 762935-D.
Punca Utama Kelewatan & Kegagalan Projek
Penarikan diri kontraktor pada 1 Ogos 2023 tanpa asas kukuh.
Kelewatan kelulusan Temporary Occupation License (TOL).
Ketidaksesuaian lokasi “landing point”.
Kelewatan pelantikan subkontraktor elektrikal dan mekanikal.
Proses pengukuran dan pewartaan tanah laut mengambil masa 7 tahun 5 bulan 17 hari, berpunca daripada kekurangan tenaga ukur di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah serta kelemahan koordinasi dengan ESSCOM.
Implikasi Kelewatan & Kesan Kewangan
Peningkatan kos sebanyak RM28.70 juta, menjadikan kos keseluruhan projek kepada RM81.51 juta.
Menyebabkan penangguhan Projek SWASLA Sabah Fasa 2 (Sistem Pengawasan Laut Malaysia).
Risiko keselamatan dan keberkesanan operasi ESSCOM terjejas, khususnya bagi misi pantauan dan penguatkuasaan perairan sempadan.
Penemuan & Syor Ketua Audit Negara (LKAN 3/2025)
LKAN menegaskan projek ini wajar diteruskan dan disiapkan segera bagi menjamin keselamatan perairan Sabah.
Mencadangkan penambahbaikan dalam:
Pemilihan kontraktor berkeupayaan tinggi dalam projek pertahanan.
Koordinasi antara agensi teknikal dan keselamatan negeri.
Pemantauan berkala oleh ESSCOM dan JKR Sabah.
Dagang News | BERNAMA




Comments