top of page

Lima tan sampah dikutip di Pantai Kemasik


Lima tan sampah dikutip di Pantai Kemasik

KEMAMAN 15 Jan. -  Seramai 120 orang wakil dari pelbagai agensi tidak melepaskan peluang menyertai program gotong-royong membersih kawasan Pantai Kemasik dekat sini semalam dan sebanyak 5 tan sampah sarap berjaya dikutip.


Mereka terdiri daripada kakitangan serta kontraktor Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Chengal.


Yang Dipertua MPK, Johan Ibrahim berkata, aktiviti gotong-royong itu diadakan antara lain  menjadikan kawasan persekitaran pantai berkenaan sentiasa bersih dan indah dalam usaha  menarik lebih ramai pengunjung ke situ.


"Rakyat perlu sedar aspek kebersihan sangat penting kerana Pantai Kemasik ini kawasan  pelancongan. Jika pantai kita kotor, pelancong tak akan lawat tempat kita dan tentunya   merugikan para peniaga di kawasan itu.


" Banyak kemudahan yang kerajaan bangunkan di Pantai Kemasik untuk beri kemudahan kepada orang ramai khususnya pelancong yang datang dari jauh. Kemudahan itu antaranya surau, wakaf, taman permainan, tong sampah, kios dan tandas awam," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau seterusnya mengingatkan para pengunjung supaya sama-sama memikul tanggungjawab bagi memastikan pantai peranginan sentiasa bersih dan tidak dicemari sampah-sarap. 


"Kebersihan adalah aspek terpenting dalam kehidupan dan begitu juga kemajuan sesebuah  negara dan masyarakat adalah bergantung kepada sejauh mana prihatinnya masyarakat terhadap kebersihan," katanya.


Sumber: Utusan


#evolusibina

14 views
bottom of page