Lima sasaran dalam usaha mengukuhkan mitigasi dan adaptasi banjir dalam tempoh RMK13
- Ridhwanisme
- Aug 19
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Lima Sasaran Utama Mitigasi & Adaptasi Banjir di bawah RMK13
Perlindungan penduduk: meningkat kepada 1 juta orang menjelang 2030 (kini 154,000).
Kawasan dilindungi: diperluas kepada 1,400 km².
55 projek tebatan banjir baharu disiapkan menjelang 2030 (berbanding 17 projek sebelum ini).
4 kolam takungan dwifungsi dimulakan.
12 lembangan sungai bersepadu baharu dibangunkan.
43 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT)
Nilai keseluruhan: RM12 bilion.
Contoh projek:
RTB Kota Bharu, Kelantan.
RTB Sungai Langat & Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang–Sungai Rasau, Selangor.
RTB Sungai Tepoh & Banggol Air Lilih, Terengganu.
Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, Kelantan (RM3 bilion).
Pasukan petugas khas (kerajaan negeri & PETRA) ditubuhkan bagi mempercepat pelaksanaan.
Inisiatif Teknologi Tenaga: TNB & Suruhanjaya Tenaga
Distribution Transformer Meter (DTM) diperkenal untuk mengesan kecurian elektrik & sambungan haram perlombongan bitcoin.
4.5 juta meter pintar dipasang: Memantau penggunaan tenaga masa nyata.
Pangkalan data diwujudkan untuk merekod & memantau premis mencurigakan.
Aktiviti kecurian elektrik dikaitkan dengan ancaman keselamatan pengguna, kerosakan aset & kestabilan grid negara.
Perkembangan Tenaga Baharu
Kerajaan akan mula meneroka tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dalam campuran tenaga negara sepanjang RMK13.
Menunjukkan hala tuju negara ke arah diversifikasi tenaga & pengurangan karbon.
Berita Harian | Suzalina Halid





Comments