Lima empangan hidro baru di Sarawak tarik minat syarikat tempatan dan antarabangsa
- 5 days ago
- 1 min read

SARAWAK
Pembukaan RFP Projek Cascading Power Sources (CPS)
Sarawak Energy Bhd membuka RFP pada 17 Januari bagi pembangunan lima empangan hidro baharu.
Projek melibatkan lembangan Tutoh, Belaga, Danum, Balui dan Gaat di tengah dan utara Sarawak.
Sesi taklimat 30 Januari menarik sekitar 100 peserta fizikal dan lebih ramai secara dalam talian.
Menunjukkan minat tinggi syarikat tempatan dan antarabangsa.
Penyertaan Pemain Industri Utama
Antara syarikat tempatan yang menunjukkan minat: Gamuda Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd.
Penyertaan juga melibatkan syarikat dari Jepun, China dan Korea Selatan.
Memberi indikasi potensi pembentukan konsortium mega berprofil antarabangsa.
Konsep Pembangunan Cascading (Berangkai)
CPS memaksimumkan potensi hidro dalam satu lembangan sungai melalui empangan berturutan.
Mengoptimumkan aliran sungai sama untuk penjanaan berbilang titik.
Meningkatkan kecekapan tenaga boleh diperbaharui dan pulangan jangka panjang.
Kapasiti dan Sasaran Operasi
Gaat CPS: 50 - 70MW.
Balui CPS: 700 - 800MW.
Sasaran operasi komersial: 2034 - 2035.
Sebahagian projek bersempadan Kalimantan, berpotensi menyokong eksport tenaga serantau.
Keperluan Kewangan dan Penilaian
Pembida wajib menyediakan model kewangan berasaskan DCF.
Meliputi unjuran tenaga, CAPEX, OPEX, variasi hidrologi, tarif, percukaian dan struktur pembiayaan.
Penilaian berdasarkan pengalaman reka bentuk, pembinaan, operasi dan kajian kebolehlaksanaan projek hidro berskala besar.
Struktur Perjanjian
Perjanjian pembangunan bersama dengan SEB Power Sdn Bhd.
PPA akan dilaksanakan oleh Syarikat SESCO Bhd.
Perjanjian bukan JV formal tetapi rangka kerja mengikat pembahagian kos dan risiko.
Kedudukan Strategik Sarawak
Sasaran kapasiti terpasang 15GW menjelang 2035.
Eksport tenaga ke Indonesia melalui Perusahaan Listrik Negara sejak 2016 (~200MW).
Projek sambungan grid Sarawak - Singapura mendapat kelulusan bersyarat daripada Energy Market Authority.
Sasaran eksport 1GW ke Singapura menjelang 2032.
Dagang News | Kamaliza Kamaruddin




Comments