Lelaki ceroboh landasan MRT curi kabel


Gambar hiasan

SUNGAI BULOH: Pihak pengurusan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) mengesahkan seorang lelaki yang menceroboh kawasan landasan antara stesen MRT Taman Suntex dan Taman Connaught, Cheras, semalam, adalah untuk mencuri kabel.


Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Azmi Mohd Zain, berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek itu mempunyai pengalaman dalam bidang elektrikal susulan kaedah pemotongan kabel yang dibuat secara teliti.


Katanya, kabel itu kemudian dipercayai akan dijual ke kedai besi buruk berikutan harganya yang mencecah ribuan ringgit.

“Suspek terbabit yang memakai jaket keselamatan dikatakan masuk ke kawasan itu menggunakan jejantas perumahan Taman Sri Raya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.


“Kejadian itu disedari pihak MRT pada jam 6.17 petang iaitu pada waktu puncak pengguna pulang dari tempat kerja.


“Suspek berjaya melarikan diri namun meninggalkan beg berisi peralatan memotong kabel itu,” katanya pada sidang media di Depoh MRT Sungai Buloh, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Azmi berkata pihaknya akan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kejadian termasuk memohon polis bantuan untuk mengadakan pemantauan secara berkala dan berterusan.


“Kita juga sedang kaji jika ada keperluan untuk menempatkan pondok polis bantuan.


“Mengenai suspek pula, kita serahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut,” katanya.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #MRT

44 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.