top of page

Lebih 50 jalan utama rosak di Johor akibat banjir


50 kerosakan jalan raya dikenal pasti berlaku akibat bencana banjir daerah Segamat, Mersing, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang
Gambar hiasan: "Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi masih dalam peringkat mengenal pasti lokasi berkenaan di seluruh negeri" - Mohamad Fazli Mohamad Salleh

50 kerosakan jalan raya dikenal pasti berlaku akibat bencana banjir daerah Segamat, Mersing, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang

MUAR: Lebih 50 kerosakan jalan raya dikenal pasti berlaku akibat bencana banjir membabitkan lapan daerah yang terjejas teruk di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerosakan itu membabitkan jalan utama di daerah Segamat, Mersing, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang.


Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri memberi jaminan akan menyegerakan kerja membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana itu sebaik saja air banjir surut.


"Bagi kerosakan yang biasa, Insya-Allah ia tidak mengambil masa lama, mungkin (dalam) seminggu dua, tetapi untuk kerosakan membabitkan runtuhan tanah, cerun, jambatan dan sebagainya (dijangka) akan mengambil masa lebih lama untuk diperbaiki.


"Jumlah ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa berikutan keadaan banjir yang belum surut. Buat masa ini, pihak terbabit seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi masih dalam peringkat mengenal pasti lokasi berkenaan di seluruh negeri," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Task Force Banjir negeri, di sini, hari ini.


Mohamad Fazli berkata, setakat ini, pihaknya masih dalam operasi mengenal pasti jumlah infrastruktur terbabit termasuk meneliti kaedah baik pulih yang bersesuaian.


Beliau berkata, kerja membaik pulih itu akan membabitkan peruntukan di bawah kerajaan negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang dijangka menelan kos sehingga RM50 juta.


"Kerja pembaikan segera ini turut membabitkan kerosakan paip air yang pecah dan pencawang elektrik yang musnah.


"Bagaimanapun, saya yakin bekalan air bersih di Johor masih mencukupi, malah pihak Syarikat Air Johor (SAJ) akan membantu menghantar bekalan air selamat khususnya di pejabat kerajaan yang berkepentingan awam seperti klinik dan hospital, " katanya.


Sumber: Berita Harian


3 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page