top of page

Lapan tahun menunggu rumah terbengkalai


Lapan tahun menunggu rumah terbengkalai Berita Harian www.bharian.com.my
Pembeli rumah di Golden Hill Villa 2, Bintulu menuntut syarikat pemaju menyiapkan rumah mereka. - Foto hiasan NSTP/MELVIN JONI

BINTULU: Lapan tahun menunggu, namun 64 pembeli rumah di Golden Hill Villa 2 di sini masih belum mendiami rumah idaman mereka.


Pembeli yang kebanyakannya kakitangan swasta, kini terbeban kerana terpaksa menyewa rumah dan perlu membayar ansuran bulanan rumah terbengkalai antara RM1,000 hingga RM2,000.


Jurucakap kumpulan pembeli rumah itu, Tiendin Tom, 35, berkata pembiayaan bayaran pinjaman perumahan dibuat secara potongan gaji kira-kira lapan tahun sejak 2014, namun rumah masih belum disiapkan.


"Kami memang amat terkesan terutama dari segi kewangan.


"Dalam perlu menghadapi bebanan kos sara hidup yang semakin berat, impian kami untuk memiliki rumah pertama juga entah bila akan menjadi kenyataan," katanya hari ini.


Beliau berkata, pemaju berdolak-dalih dan tidak bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan dan kali terakhir mereka berbincang pada Disember 2019.


Dalam mesyuarat itu, katanya, pemaju berjanji untuk menyerahkan projek terbabit kepada pembeli pada March 2021 dan memberi jaminan menyiapkannya dalam tempoh 15 bulan.


"Selepas itu, pemaju terus memberi alasan yang tidak munasabah," katanya.


Sumber: Berita Harian

2 views

Comments


bottom of page