Lapan daripada 11 projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) di Johor sedang giat dilaksanakan di Segamat, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Johor Bahru

ISKANDAR PUTERI, JOHOR
Status Terkini Projek TBBT di Johor:
8 daripada 11 projek TBBT sedang giat dilaksanakan di daerah Segamat, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Johor Bahru.
3 lagi projek dalam fasa pra-pelaksanaan dengan kajian teknikal dan reka bentuk sedang dijalankan.
Senarai Projek Utama TBBT Sedang Berjalan:
RTB Sungai Muar Fasa 3 (Segamat):
Pakej 1: Naik taraf Sungai Muar (RM461 juta).
Pakej 2: Tingkat kapasiti Sungai Labis & Sungai Jementah (RM70.95 juta).
RTB Bandar Batu Pahat (RM187.17 juta).
RTB Sungai Johor Fasa 1 (Kota Tinggi):
Pakej 1: Kolam takungan & naik taraf Sungai Johor (RM376 juta).
Pakej 2: Penambahbaikan sungai dan cabang (RM74.2 juta).
Jangkaan Siap Awal:
Projek-projek ini dijadualkan siap pada 2029, namun disasarkan siap 2 tahun lebih awal iaitu pada Disember 2027.
Projek TBBT Tambahan Sedang Dilaksanakan:
Empangan Tebatan Banjir Semberong (Batu Pahat): RM33 juta, siap Julai 2028.
RTB Lembangan Sungai Kesang (Tangkak): RM24.8 juta, siap Ogos 2025.
RTB Sungai Pemandi (Kota Tinggi): RM29.73 juta, siap 2025.
Projek Dalam Peringkat Pra-Pelaksanaan:
RTB Sungai Muar Fasa II (Muar/Tangkak): RM331 juta – reka bentuk bermula Jun 2025.
RTB Sungai Batu Pahat (Seri Medan): RM56.7 juta – mula Julai 2025.
Kajian Lembangan Sungai Skudai (Johor Bahru): RM9 juta – reka bentuk bermula Oktober 2026.
Langkah Proaktif Kerajaan Negeri:
9 projek RTB tambahan diluluskan di seluruh Johor (Pontian, Kulai, Mersing dll.) bernilai RM15.53 juta.
Permohonan dana tambahan:
RM2.23 bilion (Kerajaan Persekutuan, RMK-13).
RM60.38 juta (Kerajaan Negeri).
Tumpuan Kepada Kawasan Hotspot Banjir:
7 projek RTB di Johor Bahru sedang dijalankan bernilai RM142.7 juta.
Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Skudai:
Diluluskan di bawah Rolling Plan Ke-5 RMK-12, kos RM99 juta.
Kawasan terlibat: Kg Poh Chi Lin, Kg Sepakat Baru, Kg Laut, Kg Syahbandar.
Kini di peringkat pelantikan perunding; kerja fizikal bermula 2027.
Malaysia Gazette / Zulhisham Isahak





Comments