top of page

Laluan Jambatan Sungai Kerling akan ditutup dua hari


Laluan Jambatan Sungai Kerling akan ditutup dua hari

KERLING - Laluan Kuala Lumpur-Tanjung Malim FT001 Seksyen 454.50 di Jambatan Sungai Kerling akan ditutup kepada semua lalu lintas selama dua hari bermula 9 dan 10 Januari ini.


Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan laluan itu bermula jam 5 pagi hingga 10 malam keesokkan harinya.


Penutupan bagi tujuan kerja pembinaan dan pemasangan rasuk jambatan serta demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.


Papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak pembinaan untuk panduan pengguna selain pegawai bendera yang sentiasa mengawal trafik.


Pengguna jalan raya diminta menggunakan dua laluan alternatif bagi perjalanan Tanjung Malim ke Kuala Lumpur atau sebaliknya melalui Lebuh Raya Utara Selatan (Plus).


JKR berharap pengguna mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan.


Sebarang maklumat boleh menghubungi Pejabat JKR Hulu Selangor di talian 03-60641040 atau 03-60641058.


Sumber: SinarHarian


26 views

Comments


bottom of page