top of page

Laluan Gua Musang - Lojing ditutup selorong akibat lubang benam

| JKR Gua Musang
| JKR Gua Musang

GUA MUSANG, KELANTAN


  1. Insiden Lubang Benam Berulang di FT185 (Jalan Gua Musang - Lojing, KM78)

    • Lubang benam terbaru dikesan pada 7 Ogos 2025 dengan dimensi 15m panjang, 6m lebar, 3.1m dalam.

    • Kejadian berlaku berdekatan Kampung Jekjok, Pos Brook.

    • Sejak November 2024, sekurang-kurangnya tiga kejadian lubang benam besar telah direkodkan di lokasi sama, menandakan kawasan ini kritikal dari sudut geoteknik.


  2. Faktor Punca

    • Disyaki berpunca daripada aliran air di tepi struktur pembetung (box culvert) yang menyebabkan hakisan tanah.

    • Kejadian berulang jelas berkait dengan hujan lebat berterusan, geologi berbukit, tanah laterit, dan keadaan hutan tebal yang menyumbang kepada kelembapan tanah.


  3. Pengurusan Trafik & Keselamatan

    • Satu lorong ditutup sepenuhnya ke arah Gua Musang; hanya satu lorong dibuka untuk arah bertentangan.

    • JKR, Roadcare, PDRM, Majlis Daerah & Pejabat Tanah terlibat dalam pemantauan.

    • Tindakan termasuk pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran, namun keadaan lebih berisiko pada waktu malam kerana tiada lampu jalan dan kabus tebal.


  4. Risiko Kepada Infrastruktur & Pengguna

    • Jalan ini merupakan laluan penting menghubungkan Lojing - Gua Musang.

    • Risiko utama: kemalangan jalan raya, kelewatan logistik, serta kerosakan lebih serius pada struktur jalansekiranya tidak ditangani segera.

    • Mendapan kecil lain sudah wujud di kawasan sekitar, berpotensi berkembang menjadi lubang benam baharu.


  5. Kegagalan Rekabentuk Long-term dan Kaedah Pemulihan

    • Kejadian berulang menunjukkan kegagalan rekabentuk long-term atau kelemahan kaedah pemulihan sebelum ini.

    • Memerlukan kajian geoteknikal menyeluruh termasuk:

      • Analisis tanah & hidrogeologi setempat.

      • Sistem saliran bawah tanah lebih mampan.

      • Penggunaan struktur sokongan (soil stabilization, micro-piling, ground grouting).

    • Perlu dipertimbang sebagai projek naik taraf kritikal dalam pelan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

| Paya Linda Yahya
| Paya Linda Yahya

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page